Wednesday 27 March 2013

| CYCLE KEDUA UNTUK BBT |

ASSALAMUALAIKUM..

Bersiaran dari ofis, menaip menggunakan keyboard HELLO KITTY, ditemani cuaca mendung kat luar dan tenaga badan yang lemah..

Topik : CYCLE KEDUA UNTUK BBT

Motif : Maknenya Cik P dah datang melawat la.. Kuikui..

Apepun, Ana still nak cakap alhamdulillah.. Terima kasih kehadrat Allah SWT sebab masih memberi Ana peluang untuk period.. Sesungguhnya Dia tahu yg Ana dh mula serius untuk ber TTC (Trying To Conceive)..

Semalam Ana baru beli EPO (Evening Primrose Oil).. Memang plan nak makan bila Cik P datang.. Lepas beli EPO, Ana beli gak UPT (Urine Pregnancy Test).. MR J suruh.. Katenye cek dulu mane tau ade sebab ana dah lewat seminggu lebih.. Walaupun naluri Ana kuat mengatakan yg xde rezeki lagi, tapi demi menjaga hati MR J, Ana beli juga..

Petang semalam terus Cik P bagi salam di saat Ana berkobar2 nak makan EPO.. Mungkin Cik P pun menyokong keputusan Ana.. So, UPT yg beli tu boleh la simpan untuk kegunaan akan datang..

Apa yg Ana baca melalui sumber dari forum RatuHati and Pak Google, EPO ni berfungsi untuk mencantikkan kulit, melembutkan rambut, mengurangkan kegatalan pada kulit kepala, menghaluskan tumit kaki, menguatkan kuku, MENSTABILKAN PERIOD, MENGURANGKAN SENGGUGUT, MENAMBAH HORMON ESTROGEN, MENGHASILKAN CERVICAL MUCUS, melambatkan monopous dll..

So Ana rase korang semua mesti tahu sebab utama Ana nak makan EPO ni kan.. Kalau korang tak tahu, sebab utamanya adalah seperti yg ana BESARKAN N UNDERLINE kat atas tu..

So semalam gak Ana start makan EPO.. Alhamdulillah buat masa sekarang Cik Senggugut yang kejam belum menunjukkan taring.. Hanya rasa cramp sikit2 je.. Kebiasaanya kalau dah masuk 2nd day ni, time ni la Ana akan menangis2 merangkak2  jadi Ju-On dan xrela nak pegi keje, hanya pergi hospital je.. Tapi setakat ni ok lagi.. Adakah sebab Ana makan EPO?? Wallahu'alam..

Start minggu lepas jugak, Ana start makan Pil Baraka.. Pil Baraka ni kandungannya adalah Habbatussauda yg telah di'softgel'kan.. Ana makan sebiji sehari.. Pil Baraka ni dulu lawyer kat ofis lama Ana yang suggest.. Katanya elok untuk TTC and kesihatan dalaman.. So Ana tawakal je makan.. So far ok jugak.. Bila Ana makan je Pil Baraka ni, Ana akan sendawa..Buang lebihan angin dalam badan sebab badan Ana memang banyak angin and susah nak sendawa @ kentut.. Kadang2 tu sampai rasa nak muntah sebab xdapat nak sendawa.. Tapi dengan adanya Pil Baraka ni, Ana dapat sendawa dengan leganya.. Bukan sendawa yg bunyi mcmc katak panggil hujan tu ye!! Tapi sendawa yang xde bunyi tapi kita leh rasa angin keluar..

Start sabtu (23.03.2013) Ana minum balik Pearl Cafe.. Ana memang minum Pearl Cafe ni dari dulu.. Tapi xtau ape sebab terbehenti.. Now nak start balik untuk tenaga yg maksima.. Baru la sesuai dengan MR J yang minum Ali Cafe tu.. Kehkeh.. Tapi amik perhatian ye.. Pearl cafe ade campuran yang Kacip Fatimah-non sugar (bungkusan warna ungu) dengan Kacip Fatimah-with sugar-with Kolagen (bungkusan warna Pink).. Ana minum yg warna ungu sebab Ana xberani amik produk yg ada kolagen.. Agak pahit sikit sebab non sugar kan.. Tapi ok la.. Baik untuk kesihatan..

Lepas ni, Ana plan nak minum Susu Kambing Blend dengan Kurma pulak.. Dah cakap dengan MR J tadi nak beli susu kambing.. Dia kata OK je..

Asid folic pon mungkin Ana nak start makan balik.. Walaupun Ana tau Asid Folic akan membuatkan nafsu makan Ana macam bela saka and dikala itu badan ini bagai di pam2.. Tapi demi mendapatkan zuriat, pejam mata je la..

Kenapa Ana tetibe serius nak ber TTC?? Ok.. Memang Ana kawen dah 7 tahun.. Tapi itu bukan sebab utama.. Walaupun dah 7 tahun, alhamdulillah.. Masih bahagia dengan MR J.. Tapi sebab utamanya adalah umur.. Minggu depan (02.04.2013) genapla umur Ana 25 tahun.. So bila dah 25 ni, memang Ana target nak anak.. Sebab kalau boleh Ana nak la anak yg ramai.. hikhik.. yo yo oooooo je..

Tapi semua ni bergantung pada rezeki.. Andai rezeki tu belum lagi untuk Ana, Ana redha.. Ana cuma mampu berusaha dan bertawakal..

Ok la.. So kepada kawan2 yang sama2 tengah TTC, jomla kita ber TTC dengan bersungguh2.. Tanamkan setinggi-tinggi sifat pasrah dah redha dalam diri supaya tak frust menonggeng sekiranya usaha kita tak berjaya..

Kepada yang period REGULAR tapi belum mengandung, bersyukur la anda kerana anda tak perlu pening memikirkan cara untuk regularkan period and tak perlu tertunggu2 bila cik P akan datang kerana cik P anda amat menepati masanya.. Anda hanya tinggal berusaha kuat untuk mendapatkan zuriat sahaja.. Kalau nak dibandingkan dengan  orang yang period TAK REGULAR.. 

Kepada yang period TAK REGULAR macam Ana jugak, bersyukurlah juga kerana kita masih di beri peluang untuk period dan kita tahu yang kita ada peluang untuk mengandung.. Kita perlu berusaha lebih untuk membetulkan period dan sebagainya.. Tapi andai usaha itu berhasil, amatlah berbaloi kan.. Kalau nak dibandingkan dengan orang yang TAK PERNAH PERIOD..

Kepada yang TAK PERNAH PERIOD, Ana tak mampu nak berkata apa pada anda.. Mungkin ada rezeki lain yang tuhan nak kurniakan pada anda.. Rezeki dimana kami2 ini mungkin susah untuk mendapatkannya..

Siapapun kita, apapun masalah kita, berbalik la pada Tuhan yg satu.. Kerana hanya dia yang Maha mengetahui apa hikmah disebalik semua ujian yang di beri..

WASSALAM..

No comments:

Post a Comment