Friday 15 March 2013

= 4 VARIASI =

ASSALAMUALAIKUM.. Salam jumaat semua..

Bersiaran dari rumah bertemankan tele-filem SUNAT di astro ria dan masih lagi menaip menggunakan laptop kesayangan ku ini.. Hehe..

Topik : 4 Variasi

Motif ????

Ok.. Ana letak topik 4 variasi tujuannya adalah perbezaan 4 variasi AISKRIM yg tengah menjadi trend sekarang ni.. TUTTI FRUTTI VS LECKA LECKA VS CREAM & FUDGE VS BASKIN ROBBINS (tah betul tah tidak ejaan sume tu.. Asalkan korang tau la k..)

1) CREAM AND FUDGE

Aiskrim ni menjadi pilihan utama Ana kalau nak banding dengan aiskrim2 lain..Ana beli dekat Wangsa Delima berhadapan dengan Wangsa Walk Mall.. Rasa aiskrim dia lebih soft and lebih kepada rasa susu atau berlemak.. Kalau tengok pada menu dia, Cream and Fudge dah tetapkan menu2 nya tersendiri.. Ada yang single flavor and ada yg dah campur.. Harga pula antara RM12.00-RM20.00++ bergantung pada pemilihan kita.. Dekat menu tu dia dah sekalikan dengan topping ye.. Tapi sekiranya korang nak tambah topping, xde masalah.. Tambah kan saja duitnya.. Hikhik.. Kalau kita xnak aiskrim berdasarkan menu yang ada pon boleh.. Korang pilih je nak aiskrim apa and topping apa.. Nanti dia akan kira la.. Tapi bg Ana, apa yg ada pada menu dia pon dah cukup menarik..


2) LECKA LECKA

Aiskrim dari Lecka Lecka ni pulak menjadi pilihan kedua Ana.. Kalau tak silap, Lecka Lecka ni pon berasaskan yogurt.. Tapi rasa dia lebih menarik berbanding dgn Tutti Frutti.. Tapi Lecka Lecka ni rasanya tak semua ada topping takpon memang xde topping sebab selalu Ana makan xde pon toping.. Hanya aiskrim sahaja.. Harganya murah sedikit dari Cream and Fudge.. Rasanya 1cup kecik dalam RM8.00++..


3) BASKIN ROBBINS

Ok.. Untuk Baskin Robbins ni pulak, mesti ramai penggemarnya kan.. Maklumla, aiskrim ni pon dah berzaman ada.. Baskin Robbins ni memang terdapat baaaaaaanyaakkkkkk pilihan perisa.. Memang akan rambang mata nak pilih kalau beli aiskrim ni.. Harganya ikut size scoop yg kita pilih and berapa scoop yg kita nak.. Rasanya paling banyak pon leh amik 3scoop je.. Harga pon lebih kurang Cream and Fudge.. Dalam RM8.00-RM25.00++.. Untuk Baskin Robbins ni jatuh no. 3 antara 4 variasi aiskrim ni..


4) TUTTI FRUTTI

Ana try tutti frutti ni sekali je.. Kalau dah sekali je tu faham2 la kenapa ye..Masa tu Ana beli dekat Setiawangsa.. Kedainya bersebelahan dgn Sekinchan Ikan Bakar.. Ana amik flavor coklat + vanilla.. Topping kacang badam n strawberry.. Ok.. Bagi Ana n ikut tekak Ana, Ana rasa ianya biasa2 saja.. Nak kata ada kelainan dgn aiskrim2 lain, mungkin kelainan dari segi cara pembelian and pemilihan yang sekarang ni macam dah jadi trend.. Tapi untuk menjadi aiskrim yg paling Ana suka, mungkin tidak ya.. Sorry pada penggemar tutti frutti.. Ini berdasarkan tekak Ana.. Tekak kita kan lain2.. Kalau nak beza antara 4 variasi ni, tutti frutti jatuh pada list no last sekali.. Hurmmm..


So, inila kesimpulan 4 variasi tersebut.. Maaf ye.. Xde gambar.. Virus "bergambar sebelum makan" belum menular lagi dalam diri Ana.. Yang Ana tau, sampai je depan mata, terus nak NGAP!! Lain kali kalau ada kerajinan Ana amik pic and upload yeeeeeee.......

Sekarang ni dok terbayang-bayang aiskrim Cream and Fudge tu.. Tapi malangnya xboleh makan sebab ada kekacang.. Cik Kayap ni belum baik, so xleh nak makan sebarangan.. Tapi MR J dah janji, bila dah baik nanti dia belanja.. YAYYYYYYYY!!!!!

Pasal perjalanan TTC.. Hurmmm.. Ana xsempat nak ML or BD.. Dah 4 hari xsilap.. Sebab kena penyakit Cik Kayap ni.. Kalau nak on boleh je sebab kena area pinggang.. Tapi maybe MR J xsampai hati.. Hehe.. Lagipon kalau refer dekat chart FF tu, suhu pon tak menentu.. Kejap naik kejap turun.. Rasanya Ana memang belum O lagi sebab CM pon creamy je.. Hurmmmm

KBAI!!


No comments:

Post a Comment