Friday 26 April 2013

:: ..SAYA SEDIH.. ::

ASSALAMUALAIKUM..


Ana sedih.. 
Teramat sedih.. 
Teramat sangat sedih.. 
Sangat sangat sangat sedihnya.. (korang dapat bayangkan ke sedihnya??)


Tah kenapa.. 
Tetibe je.. 
Rasa down.. 
Rasa diri ni banyak kekurangan..
Rasa diri ni xmampu memberi kebahagiaan..
Memberi keseronokkan kepada insan tersayang terutamanya MR J..


Tuhan tolong..
Tolong la pinjamkan sedikit kekuatan..
Sedikit ketabahan..
Sedikit keredhaan..
Untuk hamba mu yang kerdil ini..
Sesungguhnya aku tahu..
Kau maha mengetahui..


Papa..
Maafkan Mama..
Sebab dah 7 tahun lebih perkahwinan kita..
Mama masih belum mampu memberi walaupun seorang zuriat..
Mama tau Papa teramat2 sedih saat Mama keguguran 4 tahun lepas..
Mama tau..
Papa faham keadaan Mama..
Papa xpernah memaksa..
Papa xpernah persoalkan..
Malah Papa adalah pendorong dan pemberi semangat yang kuat pada Mama..
Papa la yang selalu memberi kata-kata perangsang di saat Mama sedih mengenangkan ..
Bila Mama bakal jadi "MAMA" kepada anak2 kita..
Terima kasih yang tak terhingga sayang..


Mak kandung ku..
Terima kasih juga pada Mak sebab xpernah bertanya soalan yang paling Ana xsuke dengar..
Mak pun memahami..
Malah Mak pernah memberitahu..
Ada orang ingin memberi bayi..
Begitu Mak juga sentiasa ingatkan anak Mak ni yang begitu mahukan anak..
Tapi apakandaya..
Masih bukan rezeki Ana..


Mak mertua ku..
Terima kasih juga kerana melahirkan dan membesarkan anak Mak yg juga suami Ana..
Terima kasih juga memberi Ana peluang untuk menjadi menantu Mak..
Tapi maafkan Ana..
Sebab masih belum mampu memberi anak Mak seorang zuriat..
Ana tahu Mak juga memahami..
Mak juga terlampau baik..
Tak pernah bertanyakan soalan itu juga..


Kepada keluarga ku yang lain..
Sentiasalah doakan yang terbaik untuk Ana..
Ana bersyukur..
Kerana kalian amat memahami dan selalu memberi dorongan..


Kepada rakan2 TTC ku..
Anda semua juga adalah kawan2 yang baik..
Sama-sama memahami perasaan sesama kita..
Semoga kita dikurniakan zuriat secepatnya..
Sesungguhnya caturanNya adalah yang terbaik buat kita..
Mereka di luar xpernah faham apa yang kita alami..
Yang kita rasa..
Mereka xtahu yang kita berusaha bersungguh2..
Maafkanlah mereka..
Mungkin mereka terlupa yang ini semua adalah kerja Tuhan..


Kepada mereka diluar sana..
Janganlah sentiasa memerli,mengumpat,mengata tentang kami..
Bukan kami merancang..
Bukan kami "tak pandai"..
Bukan kami tak berusaha..
Tapi inikan rezeki dari Nya..
Siapalah kita untuk mempertikaikannya..
Berilah kami semangat..
Berilah kami dorongan..
Untuk dapat kami rasa..
Seperti mana kalian dapat rasa..
Nikmatnya menjadi seorang ibu yg sedang mengandung..
Nikmatnya menjadi ibu selepas melahirkan zuriat..
Nikmatnya dapat melihat wajah anak dari benih sendiri..
Ana mohon..
Doakan lah yang baik2 buat kami..
Sesungguhnya kami sedang berusaha..
Janganla runtuhkan semangat kami..


TERIMA KASIH SEMUA..

2 comments:

  1. doa saya buat awak ana...
    siapala kite utk melawan takdir tuhan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq awak..
      tq sbb sudi mendoakan ana..
      ana pon sentiasa mendoakan semua insan di luar sana bakal bergelar ibu..aminnn..

      Delete