Wednesday 10 July 2013

.. 1 RAMADHAN ..

..ASSALAMUALAIKUM..

Hampir sebulan ana xmenulis apa2 dalam blog ni..
Tak tau apa lagi yg nak di kongsikan..
Period pon xtau apa status..

Alhamdulillah..
Masih lagi diberi kesempatan..
Untuk menikmati bulan Ramadhan..
Yang kita semua tau banyak rahmatnya..

Tergerak hati nak menulis..
Sebab kebelakangan ni perasaan terlampau sensitif..
Cepat sangat rasa lemah..
Cepat sangat bertakung air mata..
Tak tau apa punca..
Bukan bergaduh pon dengan MR J..
Tapi entah la..


..BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Ya Allah..
Hamba Mu yang kerdil ini menadah tangan..
Berdoa kepada Mu..
Berikanlah kekuatan hati yang berterusan..
Untuk menempuh ujian seterusnya dari Mu..

Ya Allah..
Bimbinglah aku kejalan lurus Mu..
Jangan biarkan aku keseorangan..
Jangan benarkan fikiran ini terpesong..
Jangan benarkan hati ini gelap dan hitam Ya Allah..

Ya Allah..
Aku bersyukur dengan rezeki DUNIAWI yg aku ada..
Terima kasih kerana memberi nikmat ini Ya Allah..
Tapi aku hanyalah manusia biasa..
Yang kadangkala tamak..
Yang kadangkala tak bersyukur dengan apa yang ada..

Ya Allah..
Sesungguhnya kau tahu apa yang aku inginkan..
Cukuplah sekurang-kurangnya sekali..
Berila aku berita gembira..
Kurniakan lah aku serta suami..
Walau hanya seorang zuriat..
Yang soleh dan solehah dari sisi Mu..

Ya Allah..
Terima kasih kerana..
Sentiasa memberi kebahagiaan kepada kami suami isteri..
Aku akui Ya Allah..
Aku tersangat bahagia..
Walau usia perkahwinan hampir menjangkau 8 tahun..
Tapi kebahagiaan kami masih seperti di awal perkahwinan..
Mungkin ini rahmat yang kau berikan kepada kami..
Yang mungkin pasangan lain tidak merasainya..

Ya Allah..
Bukan diri ini berniat untuk tamak..
Hanya ingin menambahkan penyeri dalam rumah tangga..
Tapi Ya Allah..
Aku tetap redha dengan ketentuanMu..
Kerana hanya Kau yang tahu..
Apa yang terbaik untuk hamba Mu ini..

Ya Allah..
Teruskanlah memberi kebahagiaan..
Keredhaan..
Ketenangan..
Kesabaran..
Untuk kami semua..

AMIN YA RAB..



No comments:

Post a Comment