Friday 1 March 2013

=SWING MOOD=

ASSALAMUALAIKUM..

Bersiaran dari ofis juga di waktu lunch tanpa ditemani apa2 makanan dan memang Ana tengah keseorangan kat ofis sebab yag lain dah pergi buat hal memasing..

Tadi ada salah faham sikit dengan MR J and trus ana xde mood nak klua pegi mana2 even nak pegi beli makan pon.. Plan pagi tadi, lunch ni nak gi jakel kat Jalan TAR, tapi semuanya punah gara2 mood dah hilang..

Untuk hilangkan boring, Ana pon berjalan2 ke blog2 orang lain and terbaca 1 entry mengenai perjalanan blogger tu sepanjang dia pregnant..

Tetibe seluruh tubuh badan jadi panas, kebas.. Hati jadi sedih teramat, hancur, luluh.. xtau nak describe mcm mana..

Kadang2 Ana ok je pasal kisah2 preggy ni.. Tapi bila tibe mood sedih ni, mule la terasa sendiri n rasa diri ni amatlah..................... down!! Rendah diri sangat..

Time2 camni jugak, banyakla persoalan syaitan2 yang mengganggu fikiran and memanaskan hati dan menyedihkan perasaan dan mulalah timbul rasa tidak redha.. Ya Allahhhhh...

Perbalahan dengan MR J tidak la sebesar mana.. Hanya salah faham sikittttt je.. Bukan pasal anak pon.. Pasal kerja je.. Tapi habit Ana, setiap kali kami bergaduh, mesti dalam hati Ana akan terdetik......

"Aku sedar siapa aku.. Aku xmampu nak membahagiakan kau sepenuhnya.. Aku masih xmampu nk memberi walaupun seorang zuriat untuk kau.. Ya Allah, sekiranya ada cara lain yang boleh membahagiakan suami ku lebih dari aku membahagiakan dia, kau tunjukkanlah jalannya Ya Allah....."

Ana tau Ana xsepatutnya berkata @ berdoa mcm tu.. Tapi....... Entah la.. Ana kalau bergaduh dengan MR J, mmg Ana akan rasa rendah diriiiiiiii sgt2.. Ana menyalahkan diri Ana sendiri sbb Ana mcm rasa Ana masih x faham dia, masih xmampu membahagiakan dia sepenuhnya..

Ya Allah, berikanla ketenangan kepada ku.. Aminnnnn..

No comments:

Post a Comment